Wednesday, June 30, 2010

Ape dah jadi???

Hari tu kitorang ada beli 50 ekor anak ayam untuk dimasukkan ke dalam reban special anak ayam. Malang nye.... sekor demi sekor mati. Anak- anak ayam aku habis pupus, dari 50 ekor, sekarang ni tinggal 5 ekor.
Menurut kate mak mertua, yang bertindak selaku Farm Manager kitorang, ada je yang layu, menggelupur hari demi hari. Mungkin kah kepanasan? Kesejukan?
Apa pun aku kena kuatkan usaha. Mungkin ini adalah cabaran. Takkan aku biarkan cita- cita ni setakat menjadi angan- angan mat jenin. Tidakkkkk!

Tuesday, April 6, 2010

Musuh - musuh kampung

Dalam usaha aku dan abang long untuk menternak ayam kampung ni, kami dicabar teruk oleh pihak - pihak monyet yang berkeliaran di belakang reban kami. Cuba bayangkan, betapa kejam nya moneyt- monyet tersebut, sehinggakan telur ayam pertama hasil ternakan kami menjadi juadah lunch mereka.

Isk - isk. Memang aku dengan abang long tercabar sangat. Meruap naik darah kemuka bila dengar cerita ni. Kejam woooo money- monyet sekalian. Takde benda lain ke nak buat santapan. Telur ayam aku juga yan jadi mangsa. Uhukkk...

Jadi aku dengan abang long sekali lagi balik Lipis dengan semangat juang berkobar- kobar untuk melawan musuh. Kita pun beli jaring dan pasang di sekeliling. Mwahahaha, sekarang nasib ko monyet! Tengok ko boleh bolos lagi tak...

Dia jawab ye, sebab minggu berikutnya terima berita monyet- monyet ni lepas bolos. Owh kejamnye. Jadi kita atur strategi baru... iaitu strategi tembak menembak, memang la ok tapi monyet - monyet ni tak makan saman pun.. tak tau la.. kot.. nak kena hantar waran kat diorang baru boleh kot huhu...

Sunday, April 4, 2010

Panduan menternak ayam kampung

Sedikit bahan bacaan yang aku jumpa online:

http://harizamrry.wordpress.com/2007/10/09/panduan-memelihara-ayam-kampong-secara-kecilan/

Bermula dengan angan- angan...

Satu hari minggu yang lalu, aku dengan wife, dan abang ipar aku sekeluarga balik kampung. Dalam perjalanan balik, abang long (abang ipar) ada sebut 'Kita tengok barang apa ada kat rumah mak, dan kita bina reban ayam. Along nak start business ayam kampung...' Sikit lebih kurang macam tu lah ayat dia.

So di hari yang indah tu jugak la, kami berdua bertungkus lumus membina reban ayam kecil dari bahan terpakai.

Ketuk punya ketuk punye ketukkk....













Dengan modal dari abang long, dapat beli ibu dan bapak ayam kampung nak dijadikan baka. Dia jugak keluarkan modal beli makanan. Time tuh aku takleh chip in lagi, gaji lom masuk. Aku tengok rupa hasil pembinaan kami tu, walau tak seberapa, tapi aku yakin sangat- sangat. Tak boleh biarkan kata- kata negatif menghantui...

Apa- apa pun bravo lah kat kitorang berdua ... Haha. Nanti aku post lagi latest update, sebab reban kami dah update la rupa dia. Dah cantik sikit.