Wednesday, June 30, 2010

Ape dah jadi???

Hari tu kitorang ada beli 50 ekor anak ayam untuk dimasukkan ke dalam reban special anak ayam. Malang nye.... sekor demi sekor mati. Anak- anak ayam aku habis pupus, dari 50 ekor, sekarang ni tinggal 5 ekor.
Menurut kate mak mertua, yang bertindak selaku Farm Manager kitorang, ada je yang layu, menggelupur hari demi hari. Mungkin kah kepanasan? Kesejukan?
Apa pun aku kena kuatkan usaha. Mungkin ini adalah cabaran. Takkan aku biarkan cita- cita ni setakat menjadi angan- angan mat jenin. Tidakkkkk!

1 comment:

  1. sabar itu separuh dari iman... jangan lemah kerana ujian ni, ok! Chaiyokkk!

    ReplyDelete